ok first of all, pasal artikel sebelum ni, aku minta maaf..
bila aku baca balik, rasa macam emo pula.. heheh..
trust me, im not racist..ok guys.. ;p
cuma itu buah fikiran ku sahaja, xda membawa maksud lain..
alright, today's artikel mengenai..
adalah satu manusia ni, yang aku jumpa dalam alam chatting ( YM )..
intro chatting tu, seperti biasalah, aku pun menaip.. *ASL please(Age, Sex, Location)..
~~~mula-mula tu manusia ni xtau apa tu ASL.. heheh aku xkisah la juga..so aku pun explain la panjang lebar..Menggunakan BAHASA INGGERIS...
~~~selesai aku terangkan, dia pun tanya aku.. "awak ni orang Melayu ke?" kalau orang Melayu buat la cara Melayu. Xpayah la Speaking pula. Guna ja BM."
~~~ok fine.. mula-mula dia tegur, aku xkisah+xlayan.. so aku makin ligat la guna BI time chat dgn manusia ni.. Dia balas BM aku pun balas BI.. lama juga la aku chatting dgn manusia ni.. Sepanjang chatting tu, manusia ni asyik perli-memerli aku ja, sebab guna BI.. So what, suka hati aku la mau guna bahasa apa..
~~~Manusia ni pun kesekian kalinya bertanya lagi, Ko ni Melayu ke?..gunalah BM, aku xpandai la BI ni..
~~~Huhh, xpandai ka, atau xmau pandai..(ni ayat yang meronta-ronta dalam hatiku)
Cerita seterusnya, xpayah la aku mau bagi tahu.. sebab kesudahan aku gaduh dengan manusia.. huhuhu
ok, Aku mau ajak u guys berfikir sejenak.. kenapa orang melayu, Sesetengahnya sahaja ok.. kurang fasih menggunakan BI???..
ok ini, pendapat pertama aku..
sesetengah orang melayu ni, terutamanya la manusia YM tu..
bukannya xpandai, tapi mereka malu+malas untuk belajar BI.. tapi kalau setakat belajar, tahu itu ini, tapi xpraktikkannya pun xguna juga.. sebab ilmu kalau x diaplikasikan dalam kehidupan seharian, kita akan mudah lupa..
itu pendapat pertama...
pendapat kedua pula..
ok, sesetengah orang melayu ni ada kemajuan, berusaha untuk belajar BI dan mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian..
malangnya..
orang disekelilingnya pula memperkecilkan usaha belajar BI nya..
"kalau dah orang Melayu, buat la cara Melayu. Cakap dalam BM. Xpayah nak cakap BI pula"..
hahh ini sama lah kes dengan manusia YM tu..
so xhairanlah kalau ada sesetengah orang Melayu ni kurang sikit dengan BI..
usahakan tangga kejayaan..
kalau xada effort macam mana mau maju..
kenapa Negara Jepun mampu menjadi di antara Negara Maju di dunia?.. lewat perang Dunia Ke-2, Hiroshima dan Nagasaki telah di bom..
tetapi, impak dari pengeboman tersebut penduduknya menjadi lebih rajin untuk membangunkan negara mereka.. kenapa Tun Dr. Mahathir ingin kita memandang ke Timur?.. sebabnya, kita perlu mencontohi usaha+kerajinan orang Jepun ini..
berbalik kepada BM vs BI..
kenapa pentingnya BI kepada kita..
~~~~kita bukan lah negara maju seperti Jepun dan German.. kita masih berada pada tahap negara Dunia Ke-3.. jikalau kita ingin di pandang sebagai negara Dunia Pertama, kita perlu memiliki mentaliti seperti mereka.. Yes jepun tidak mementingkan BI dan begitu juga German..kedua-dua negara ini, begitu bangga dengan menggunakan bahasa mereka sendiri, walau di mana mereka berada.. tapi kita haruslah ingat..Jepun dan German adalah diantara pengeluar barangan yang terkenal di dunia ..
kita apa ada?
Ok, kita ada kereta buatan tempatan seperti proton iswara..yang dieksport ke luar negara seperti England.. tetapi, bagi pengetahuan umum, kereta buatan Malaysia ini,
hanya dijadikan sebagai rumah bagi para HOMELESS..orang luar x memandang sekali pun jenama buatan Malaysia..
Penting bagi kita untuk menguasai BI pada waktu ini.. kerana BI adalah bahasa dunia..
aku bukan mengatakan BM itu tidak penting.. ia sememangnya penting.. kerana BM adalah identiti bagi orang Melayu.. oleh itu, orang Melayu perlu mempertahankan BM..
tetapi pada masa yang sama kita perlu mempelajari BI sekaligus menguasai bahasa dunia ini.. tidak rugi sekiranya kita dapat menguasai banyak bahasa.. bukankah itu boleh memberi advantage kepada diri sendiri?.. renung-renungkanlah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment