Friday, January 22, 2010

Calon mohon KPLI perlu ada ijazah pengkhususan

KUALA LUMPUR: Syarat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kini diperketatkan termasuk mewajibkan calon memiliki ijazah dalam subjek yang ingin diajar, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asiah Meor Sharuddin.

Beliau berkata syarat itu yang bertujuan menghasilkan tenaga pengajar berkualiti dan guru pakar telah dilaksana sejak pengambilan tahun lepas.

“Kalau dahulu kita tak tekankan pada bidang pengkhususan pelajar semasa mereka di universiti kerana bagi kita memadai sekiranya mereka ada ijazah pertama. Tetapi sekarang mereka perlu ada ijazah dalam sesuatu subjek yang ingin diajar.

“Contohnya kalau mereka ingin mengajar subjek Matematik, mereka perlu ada ijazah dalam subjek itu bagi membolehkan mereka diterima mengikuti kursus ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI ambilan Januari 2010, di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ilmu Khas di sini, kelmarin.

Mengenai jumlah pengambilan pelajar pada tahun ini, beliau berkata seramai 1,473 orang daripada 60,000 pemohon dipilih untuk mengikuti 17 bidang pengajian di 27 buah kampus institut pendidikan guru yang pendaftarannya bermula Isnin.

“Kita mungkin akan membuat dua kali pengambilan iaitu pada Januari dan Julai seperti yang kita buat pada tahun lepas. Namun ia berdasarkan kepada keperluan, sekiranya terdapat pengurangan barulah kita akan buat pengambilan,” katanya.

Beliau berkata pemilihan calon juga akan mengambil kira keperluan kawasan asal pemohon berkenaan bagi memastikan pemohon yang layak akan kembali bertugas di negeri masing-masing.

“Contohnya kalau ada keperluan di Sabah dan Sarawak, maka kita beri keutamaan pada calon tempatan kalau mereka penuhi syarat,” katanya.
(Debit news ni untuk New Sabah Times)..

Selepas baca news ni, tiba-tiba ada juga rasa sedih.. baru ja aku dan my friend (Clarice Usop).. bermimpi-mimpi apply KPLI ni, kalau xdpt keja dalam tahun ni.. huuuh.. MELEPASLAH KAMI.. mimpi tinggal mimpi.. ;(

tapi kalau fikir balik, memang ada kebaikannya syarat pemilihan calon ini diperketatkan.. agar kualiti calon guru yang keluar pun akan terjamin..

Anyway, hopefully NST may accept me n clarice application to do Industrial Training there... ;p
Practical for 2 months.. heheh n hope so, they can see our credibility as mass communication student..peluang untuk mendapat pekerjaan disana adalah lebih tinggi muahahaha ;p

May ALLAH bless me..AMIN.
Clarice Too.. kalau xda dia, xda la teman untuk sewa rumah.. kekeke

4 comments:

  1. wahaha..ku setuju sgt.. :) eemm klu dfikirkan ok jg cadangan tu, tpi bukan semua guru yg dikatakan guru benar2 ada kualiti...dr segi attitude, msalah2..kerjaya guru hy utk cari mkan ja la...huhuhu klu gitu la attitude mmg terjejaslah maruah kerjaya sbg guru ni...

    ReplyDelete
  2. btul tu fren.. tugas seorang guru bukan mudah..
    totally agree dgn ko.. Guru yang bagus adalah guru yang mampu mencari resolution untuk attract studentnya belajar..

    jangan persoalkan student.. kenapa mereka malas belajar.. tapi persoalkan diri sebagai guru yang mengajar..

    hehe ;p
    Anyway best of all untuk para pemohon KPLI..
    jangan sekadar menjadi cikgu untuk mendapatkan paycheck every month.. tp jadikan lah kerja cikgu ini sebagai kerjaya yang mulia.. ;p

    ReplyDelete
  3. mntap la korang pnya cerita ni...anyway, hopefully sya dpt ambi kpli... minat sgt ngan kerjaya cikgu..hehehe.. mau jdi ckgu, hrus ada satu prinsip mcm ni... sya mau jd ckgu coz sya mmang mahu jd ckgu. bkannya sbb hjung blan dpt gaji n bkannya pkrjaan ckgu ni senang. org yg ckp kja ckgu ni snang itu la urg yg smbil lewa kalo jd ckgu...btulka tu? hehehe

    ReplyDelete
  4. wow, fren.. Good Luck untuk permohonan 2.. hehe Aku stuju 100%.. dun juz simply jugde kerja cikgu adalah senang.. ;p

    ReplyDelete